Semua warga Vista,
Pemasangan Boom Gate dan CCTV di pintu masuk Vista telah pun selesai dan sudah boleh digunakan.
Bermula pada hari ini (Isnin - 24 Jan 2011), semua penduduk VSP boleh mendapatkan kad akses dan stiker kereta/motorsikal masing masing di Pejabat Pengurusan di waktu kerja biasa. Syarat-syarat pengeluaran kad akses dan stiker seperti mana yang dilaksanakan sebelum ini masih digunapakai (Yuran tertunggak mesti diselesaikan dahulu).
Kad Akses kereta dikenakan bayaran sebanyak RM30, motorsikal RM20 dan stiker RM5 (Bayaran telah dipersetujui di dalam mesyuarat AJK).
Pelaksanaan kad akses akan bermula pada 01 Feb 2011 nanti.
Antara ciri ciri kad itu nanti:
1. Kad yang berlainan untuk kereta dan motorsikal.
2. Kad yang sudah check-in tak boleh check-in lagi sebelum check-out (untuk mengelakkan kad digunakan untuk kereta ke2).
3. Lampu amaran akan dinyalakan sewaktu check-in jika ada akaun yang tertunggak (Notis 7 hari).
4. Kad akan digantung penggunaan jika pembayaran tidak dibuat selepas notis 7 hari tamat.
5. Kad yang hilang akan dikenakan penalti RM50 untuk pengantian.
6. Setiap unit boleh memiliki lebih dari satu kad akses untuk motorsikal dengan bayaran RM20 setiap satu. (Motorsikal akan di kunci jika parking ditempat larangan atau petak parking pemilik lain).
Diharap mendapat kerjasama dari semua penduduk VSP.